TENTANG KAMI

Selamat Datang Ke Mesi Skills Academy

Akademi Kemahiran Messi, dengan sokongan Jabatan Pembangunan Kemahiran, menawarkan kursus bertauliah dalam Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik serta Pentadbiran Rangkaian Komputer mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Diiktiraf sebagai Pusat Latihan 5-Bintang oleh JPK pada tahun 2019, akademi ini menampilkan Penilai Bertauliah yang berpengalaman dengan pengajaran berteraskan keperluan industri.

Visi

  • Menjadikan Pusat Latihan dan pembelajaran terkemuka.
  • Menyumbang kepada dasar pembangunan ekonomi dan sosial Negara dengan menjadi sebuah gedung pendidikan teknikal dan vokasional terunggul di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Misi

  • Menyediakan pendidikan kemahiran yang berkualiti tinggi dengan gabungan teori dan amali bagi melahirkan tenaga kerja yang berketrampilan dan professional .
  • Menyediakan peluang kepada pekerja industri untuk meningkatkan tahap kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka bagi meningkatkan tahap suksesnya kerjaya mereka.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa disamping mementingkan sahsiah pendidikan moral dan etika yang berwibawa .
  • Menyediakan asas pembentukkan yang dapat meransang pembangunan intelektual dan aktiviti kokurikulum di dalam institut.

Kenapa Memilih Messi Skills Academy

Tenaga pengajar yang diiktiraf
Sijil dan Diploma dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia
Akan menerima 2 sijil setelah tamat pengajian

LALUAN KERJAYA RANGKAIAN KOMPUTER

Sesi Pendaftaran

Mula mendaftar dan pengajian di Messi Skills Academy di bawah Program Rangkaian Komputer

Perkhidmatan Rangkaian Komputer
(IT-030-3:2013 )
Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) Tahap 3

Pengajian teori dan amali selama 12 Bulan

Pentadbiran Rangkaian Komputer
(IT -030-4 :2013 )
Diploma Kemahiran Malaysia ( DKM ) Tahap 4

Pengajian selama 15 bulan termasuk Latihan Teori dan Amali serta Latihan Industri

Tamat Sesi Pembelajaran.

Tamat sesi pembelajaran di Messi Skills Academy dengan dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia dari Jabatan Pembangunan Kemahiran

Pilihan Pertama

Melanjutkan Pengajian ke Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia \
( Tahap 5 ) IT -030-5:2013 Pengurusan Rangkaian Komputer

Pilihan Kedua

Melanjutkan Pengajian ke Diploma dibawah Rangkaian Universiti – Universiti Teknikal Malysia (MTUN )

Pilihan Ketiga

Mengambil Kursus Operasi Latihan Vokasional (VTO ) untuk menjadi Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah .

Pilihan Keempat

Memulakan kerjaya di industri Rangkaian Komputer sebagai Juruteknik dan sebagainya .


Adakah Anda Ingin Datang dan Menyertai Kami ?

Laluan Kerjaya Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik

Sesi Pendaftaran

Mula mendaftar dan pengajian di Messi Skills Academy di bawah Program Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik .

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa
(EE-320-2:2012)
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

Pengajian teori dan amali selama 12 Bulan

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa
(EE-320-3:2012)
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM ) Tahap 3

Pengajian Teori dan Amali Selama 12 Bulan

Tamat Sesi Pembelajaran

Tamat sesi pembelajaran di Messi Skills Academy dengan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia dari Jabatan Pengangkutan Kemahiran

Pilihan Pertama

Melanjutkan Pengajian ke Diploma Kemahiran Malaysia ( Tahap 4 ) EE – 320-4 : 2012 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah

Pilihan Kedua

Mengambil Kursus Operasi Latihan Vokasional untuk menjadi Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah

Pilihan Ketiga

Mengambil Kursus Pendawai (Wireman) dan Penjaga Jentera (Chargeman) di bawah Suruhanjaya Tenaga

Pilihan Keempat

Memulakan kerjaya di industri Elektrikan sebagai Juruteknik dan sebagainya.